Hmm... lama dah tak update blog ne. Banyak giler cerita nak dikongsi, tapi datang plak rasa malas nak update blog ne. Tapi semangat dah datang semula coz rasanya rugi kalau tak kongsi, nanti lupa !!!
Apa-apa pun, rasanya tak lambat kalau saya nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kepada semua yang mengenali !!!
Sekarang ni saya dalam keadaan yang kurang sihat. Hmm... entah kenapa ??? Tahun lepas pun macam tu gak. Takut plak nak berhari raya ek... Raya 2 hari, lepas tu sakit. Makan banyak kot ??? Atau homesick ??? Sebab dah 2 tahun berturut-turut Papa spend 1 family tido kat Le Meridien. Apa-apa pun doakan kesihatan saya ok !!!
Hmm... banyak cerita yang nak saya kongsi & harap-harap rajin la buat semua update & review untuk perkara-perkara yang saya suka tu.
Oklah... jumpa lagi !!! Hope to see you really soon !!!
Alhamdulillah... ada jugak masa nak update blog ni. Happy jugak la dapat balik tiap-tiap minggu. Itu pun khas masa bulan puasa ni jak. Jadi banyak la benda yang saya rasa saya miss dapat dibuat time balik ni. Tengok balik Konsert Satu Siti kat YouTube. Mantapz !!! Tak puas tengok. By the way, nanti cerita pasal tu. Benda yang paling saya nak tengok. Of course, sambung tengok Cinta Sempurna. 1 minggu dah miss. Hmm cerita ni dah memikat hati saya dan rasanya memang tak nak miss & nak tahu kesudahannya sampai episod akhir.
Jalan ceritanya semakin menarik, dah ada twist yang memang saya tak jangka. Haha. Tapi kita memang boleh expect yang Shila & Najib akan mula berubah. Yang paling menarik, Shila dah mula tunduk dengan Ustaz Nazir !!! Yang lucunya, dia dah mula angau dengan Ustaz Nazir. So does Ustaz Nazir. I don't see that coming !!! Tapi lepas tengok opening montage, barulah perasan benda ni memang akan berlaku. After all, diorang kan hero & heroine cerita ni.
Tapi jalan cerita memang tak akan semudah yang kita nak kan ??? Mesti ada konflik. Izarman (Akbar) yang memang sudah lama syok kat Shila mula nak mengurat Shila (lambat !!!). As we expect, jealousy !!! Izarman cemburu, dan cakap dengan Shila that Ustaz Nazir tak jujur & cuba ambil kesempatan.
In the other hand, Najib pun mula berubah. Kerana Dr Najihah & jugak kerana seorang bilal masjid yang buta... interesting !!! Hmm... menarik kan ??? Rugi siapa yang tak tengok !!! Huhu
xoxo
p/s masih geram dengan siaran 1/2 jam, gantung !!!
Hari ini saya nak kongsi tentang cerita yang sudah buat saya melekat di kaca telavisyen. Wakaka. Yalah bulan Ramadhan banyak jugak cerita pasal keagamaan diterbitkan. Tapi tidaklah 100% islamic seperti yang kita harapkan. It is more contemporary & modern. Tapi nak buat macam mana kan, memang begitulah senario drama & filem di Malaysia. We still can't expect more. Tapi setakat ini saya rasa drama ini mampu memberikan suatu kesedaran baru & pengajaran di sebaliknya. Drama ini sebenarnya membuka mata kita tentang segelintir masyarakat yang intelek & elit yang begitu jahil tentang agama & terpesong daripada landasan agama yang sebenar.
This story is based on a real life scene as told by a real life man, to know him you can visit saifulislam.com. Apa yang buat saya terkejut ialah tentang keadaan yang berlaku yang digambarkan melalui cerita ini. Shocking !!!
Well, cerita ini mengisahkan dua orang beradik daripada keluarga yang kaya, Shila & Najib yang balik bercuti dari pengajian mereka di Edinburgh, UK. Seperti yang boleh kita agak, mereka ni spoilt brat la. Ditambah lagi dengan pengalaman hidup mereka di negara barat membuat perangai mereka semakin tidak ketentuan. Ibu bapa mereka cuba untuk memulihkan semula mereka. Dalam usaha itu, beberapa orang pakar motivasi & ustaz dipanggil, tapi semua menemui jalan buntu oleh sebab sikap Shila & Najib yang memberontak. Jalan akhir ditemui apabila mereka mengenali seorang ustaz muda, Ustaz Nazir (Ashraf Muslim), seorang pensyarah universiti yang intelek, kacak & segak (cewah). Akhirnya, ego Shila tunduk jugak dengan metod dakwah ustaz muda ni. Najib pulak jatuh hati dengan seorang doktor muda yang bertudung, Dr Najihah (Faezah Elai).
Apa yang membuat saya tertarik dan rasanya menjadi mainan fokus cerita ini ialah pendapat Shila & Najib tentang tudung & wanita yang bertudung. Mereka sangat tidak suka dan pesimis dengan orang yang bertudung. Mereka kata wanita bertudung ni berkutu !!! Haha. But that's not the main point. Bagi mereka, wanita bertudung mempunyai pemikiran yang rigid & kolot. Wanita bertudung bukan golongan yang berjaya. Bagi mereka juga tudung hanyala sejenis fesyen & bukanlah suatu bentuk simbol kemuliaan seorang wanita muslim. Bagi mereka pengukur kemuliaan terletak pada kejayaan & kemewahan. Shila juga pernah cakap that hair is a gift from God. So why hide it ??? (stupid !!!) Haha. I do admit that bila saya dengar kata-kata diorang ni tergelak jugak la. Terkeluar jugak perkataan 'bodoh' dari mulut (jahat !!!). Tak sangka ada jugak orang yang jahil gilak & boleh fikir macam tu kan.
Tapi semua itu berubah bila diorang jumpa dengan Dr Najihah, seorang doktor yang bertudung. Saya ingat lagi kata-kata Shila. "I still can't believe that a woman who wear scarf like her read Stephen Covey." "How a doctor like her can wear tudung." Sekali lagi saya rasa that few lines were stupid !!! But that happens right ? Real life story. Huhu. Najib pulak yang benci dengan wanita bertudung tiba-tiba jatuh hati dengan Dr Najihah.
Well I think inilah titik perkembangan cerita ni.
Sadly, saya tak boleh terusakan mengetahui perkembangan cerita ni coz dah nak habis cuti, kena balik asrama. But I hope siapa-siapa yang tengok cerita ni boleh bagi info la ya supaya boleh catch up. Dan siapa-siapa rasanya yang dah nak minat cerita ni. I think you should better try & have a look. Tak kenal maka tak cinta. Hehe. Penceritaan kisah benar yang menarik. Cuma yang buruknya setengah jam jak. Gantung la. Tambah iklan lagi. Anyway, it's a nice story to watch for those who are interested in the dakwah scene.
Before ending, here's the theme for this drama Cinta Sempurna by Yuna, lovely song !!! By the way, forgot to tell you that the drama airs on Astro Oasis (ch 106), Monday to Friday, 3.00-3.30 pm throughout this Ramadhan. Enjoy !!!
Huhu... Cerita ni da lama tau. Bila nampak iklan di Astro. Wah !!! Bestnya CT ada saluran sendiri sepanjang 2 hari kemerdekaan ni, 30-31 Ogos dari jam 8 malam hingga 11.59 malam. Rancangan utamanya Konsert Satu yang berjaya CT & Team laksakan di Istana Budaya baru-baru ini. Moreover. it's free !!! Jarang dapat dengar Astro tak nak cuba kaut keuntungan. Huhu. Tapi pastinya bagi die hard fans CT, ini sesuatu yang menggembirakan termasuklah saya.
Ada sosek sosek yang mengatakan bahawa saluran tersebut merupakan sesuatu yang tidak munasabah & syok sendiri semata-mata. Hate to hear from this ugly pendengki of CT. Tak habis-habis, bulan mulia ni pun still nak bawa mulut. Dosa geng. Silap-silap boleh batal !!! Oopss !!! Sorry, but no offense ya !!! Tapi, rata-rata bagi respon yang baik. Well, who didn't know CT ??? You're not Malaysian if you don't. Satu nusantara dah kenal la, even in Asia, number 2 lagi !!! In my opinion, CT is the right choice. CT symbolizes the excellence in local music industry in a very positive way & people adore her. That's what the Astro people said. Sesuai la sempena Hari Kemerdekaan ni. Nama konsert pun Satu, 1Malaysia. Lebih kurang. Haha
However, I still hope that Siti Nurhaliza Productions will consider to release the DVD & Audio CD. Don't forget about your other fans outside Malaysia. Lagipun ramai yang ingin jadikan DVD itu nanti sebagai koleksi & kenangan. Kan Tok Ti selama rajin gak buat VCD konsert. Jadi, rasanya tak salah kalau buat lagi. Peminat setia memang akan beli !!!
Oklah. Untuk peminat CT, ini ialah jadual siaran bagi saluran Siti (188) Astro.
30 Ogos | Astro Channel 188 8pm Konsert SATU11pm Fantasia Tour 31 Ogos | Astro Channel 188 2am Konsert SATU8am Konsert SATU2pm Konsert SATU8pm Konsert SATU10.30pm Konsert SATU5am Fantasia Tour11am Fantasia Tour5pm Fantasia Tour
Ah Ha !!! Dah habis pun Miss Universe 2009 !!! One of my favourite show. Dan inilah pemenangnya Stefania Fernandez, 18 dari Venezuela. Stefania telah mencipta sejarahnya tersendiri, maybe Venezuela itself apabila mempertahankan takhta 2 tahun berturut-turut bagi Venezuela tercinta. The first time ever in Miss Universe's history !!! Congrats Stefania !!!
Tapi, recently kemenangan Stefania menjadi buah mulut orang. Well, living in a cyber world suka gak buat research tentang apa yang berlaku. Comments from people, there are pros & cons. But surely for a globally televised live show, memang sure banyak mulut jahat yang mengata. Yang menjadi buah mulut semestinya kemenangan kali kedua Venezuela yang disandang oleh Stefania yang sebelumnya menjadi milik Dayana Mendoza (what a beauty !!!). Ramai yang mengatakan bahawa kemenangan ini telah dirancang. Ada jugak mulut yang mengatakan ini adalah atas permintaan Dayana sendiri kepada Donald Trump, pemilik Miss Universe Organization agar dia dapat memahkotakan gadis dari negaranya sendiri.
Well, sejak Donald menjadi pemilik organisasi tersebut, memang ramai yang mengatakan acara itu menjadi semakin tidak telus dan hanya mengaut keuntungan dan komesial semata-mata. For me, for a show like that commercial values is very much important. Kalu tak, takkanlah acara itu disaksikan hampir 1 bilion manusia setiap tahun. Logic, isn't it. But, dari segi penjurian. I still think that it is still relevant. Average points were shown to the viewers on TV. So, what should be argued for ???
Ada pulak yang mempersoalkan marakah yang Stefania dapat untuk layak menjadi Top 5. Markah Stefania merupakan yang paling rendah. So what ? Riyo Mori Miss Universe 2007 jugak begitu. The final question that counts, guys !!! Ada jugak yang argue pasal jawapan yang Stefania bagi semasa final round. Huhu. I thought that was a silly point to argue. People said that she didn't answer the question. I think that happened almost every year to almost all the finalists. Imagine answering a very subjective question in front of a big crowd in a live televised show broadcasted all over the word watched by 1 billion viewers. Snap !!! At the same time, still remain calm & poise. That's a hard thing to do. Believe me, saya pun ikut jugak pertandingan that we have to talk spontaniously in front of people. Even berapa puluh orang jak pun yang tengok, gagar jugak kaki. Walaupun Stefania memang tak jawab soalan sebenarnya (I admit it too !!!), the most important thing is to stay calm, be confident & give the best answer in that limited 30 seconds !!!
So, I guess Stefania deserves the crown. Walaupun pada mulanya I hope it's Kosovo. But, after looking back at the show for a few times. I think Venezuela gave the most convincing answer plus the elegant beauty. Yeah, Stefania Fernandez is the right Miss Universe 2009.
Congrats again, Stefania !!! Hope you'll have a wonderful reign.
p/s Sad though because there were no asians in the Top 15. Better luck next year maybe ???
Hmm... What should I say yahh !!! Lepas on off satu blog ke satu blog, saya rasa perlu jugak betul-betul bukak satu blog yang tetap sebab rasanya banyak yang saya nak kongsikan, idea & thoughts. Tapi, well kadang-kadang hangat-hangat tahi ayam. Malas nak organize & update. Tapi insya-Allah lepas ni kekal la kot.
Nama blog pun baru. Based on my name. Tak nak la lagi guna nama album Dato' CT coz tak kekal. Bila ada album baru, nak pulak tukar, jadi gunalah nama sendiri. SX25. Apa maksdunya ??? Jangan salah faham takde kena mengena dengan 18SX or what tapi pangkal nama jak. Catchy !!! 25 pulak my birthday, my lucky number !!! So, for now for sure it's SX25. Tak tau la pulak kalau berubah hati nanti...
Anyway, dalam edisi awal ni mungkin banyak cerita lapuk or accumulate coz saya rasa nak kongsi sangat !!! Jadi jangan la pulak tiba-tiba complaint lapuk plak. Just to share my point of view of what's happening. So, tunggulah update yang baru yeah...
That's all for now. Hope to see you really soon !!!