29.8.09
Cinta Sempurna
Assalamualaikum
Hari ini saya nak kongsi tentang cerita yang sudah buat saya melekat di kaca telavisyen. Wakaka. Yalah bulan Ramadhan banyak jugak cerita pasal keagamaan diterbitkan. Tapi tidaklah 100% islamic seperti yang kita harapkan. It is more contemporary & modern. Tapi nak buat macam mana kan, memang begitulah senario drama & filem di Malaysia. We still can't expect more. Tapi setakat ini saya rasa drama ini mampu memberikan suatu kesedaran baru & pengajaran di sebaliknya. Drama ini sebenarnya membuka mata kita tentang segelintir masyarakat yang intelek & elit yang begitu jahil tentang agama & terpesong daripada landasan agama yang sebenar.
This story is based on a real life scene as told by a real life man, to know him you can visit saifulislam.com. Apa yang buat saya terkejut ialah tentang keadaan yang berlaku yang digambarkan melalui cerita ini. Shocking !!!
Well, cerita ini mengisahkan dua orang beradik daripada keluarga yang kaya, Shila & Najib yang balik bercuti dari pengajian mereka di Edinburgh, UK. Seperti yang boleh kita agak, mereka ni spoilt brat la. Ditambah lagi dengan pengalaman hidup mereka di negara barat membuat perangai mereka semakin tidak ketentuan. Ibu bapa mereka cuba untuk memulihkan semula mereka. Dalam usaha itu, beberapa orang pakar motivasi & ustaz dipanggil, tapi semua menemui jalan buntu oleh sebab sikap Shila & Najib yang memberontak. Jalan akhir ditemui apabila mereka mengenali seorang ustaz muda, Ustaz Nazir (Ashraf Muslim), seorang pensyarah universiti yang intelek, kacak & segak (cewah). Akhirnya, ego Shila tunduk jugak dengan metod dakwah ustaz muda ni. Najib pulak jatuh hati dengan seorang doktor muda yang bertudung, Dr Najihah (Faezah Elai).
Apa yang membuat saya tertarik dan rasanya menjadi mainan fokus cerita ini ialah pendapat Shila & Najib tentang tudung & wanita yang bertudung. Mereka sangat tidak suka dan pesimis dengan orang yang bertudung. Mereka kata wanita bertudung ni berkutu !!! Haha. But that's not the main point. Bagi mereka, wanita bertudung mempunyai pemikiran yang rigid & kolot. Wanita bertudung bukan golongan yang berjaya. Bagi mereka juga tudung hanyala sejenis fesyen & bukanlah suatu bentuk simbol kemuliaan seorang wanita muslim. Bagi mereka pengukur kemuliaan terletak pada kejayaan & kemewahan. Shila juga pernah cakap that hair is a gift from God. So why hide it ??? (stupid !!!) Haha. I do admit that bila saya dengar kata-kata diorang ni tergelak jugak la. Terkeluar jugak perkataan 'bodoh' dari mulut (jahat !!!). Tak sangka ada jugak orang yang jahil gilak & boleh fikir macam tu kan.
Tapi semua itu berubah bila diorang jumpa dengan Dr Najihah, seorang doktor yang bertudung. Saya ingat lagi kata-kata Shila. "I still can't believe that a woman who wear scarf like her read Stephen Covey." "How a doctor like her can wear tudung." Sekali lagi saya rasa that few lines were stupid !!! But that happens right ? Real life story. Huhu. Najib pulak yang benci dengan wanita bertudung tiba-tiba jatuh hati dengan Dr Najihah.
Well I think inilah titik perkembangan cerita ni.
Sadly, saya tak boleh terusakan mengetahui perkembangan cerita ni coz dah nak habis cuti, kena balik asrama. But I hope siapa-siapa yang tengok cerita ni boleh bagi info la ya supaya boleh catch up. Dan siapa-siapa rasanya yang dah nak minat cerita ni. I think you should better try & have a look. Tak kenal maka tak cinta. Hehe. Penceritaan kisah benar yang menarik. Cuma yang buruknya setengah jam jak. Gantung la. Tambah iklan lagi. Anyway, it's a nice story to watch for those who are interested in the dakwah scene.
Before ending, here's the theme for this drama Cinta Sempurna by Yuna, lovely song !!! By the way, forgot to tell you that the drama airs on Astro Oasis (ch 106), Monday to Friday, 3.00-3.30 pm throughout this Ramadhan. Enjoy !!!
Wassalam
xoxo
Credits to the Cinta Sempurna Official Blog
p/s but i still don't get what the hell with the excessive make up. weird !!!





0 comments:
Post a Comment